Pertandingan PBL Peringkat PKG Mantin
Oct 30, 2011
Salam 1 Malaysia, PKG Mantin dan BTPNNS akan mengadakan pertandingan "Project Based - Learning" bagi peringkat PKG Mantin. Semua Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Rakan Guru dan murid-murid sekolah ahli PKG Mantin dijemput untuk menghadiri sesi pameran yang akan diadakan pada sesi petang seperti maklumat di bawah. Semoga ia akan dapat memberikan idea kepada semua, berkenaan projek ini dan seterusnya dapat diaplikasikan di sekolah tuan/puan kelak.
Tarikh : 1.11.2011
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.00 Petang
Tempat : Bilik Perdana PKG Mantin
PKG Mantin mengalu-alukan kehadiran anda semua. Segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan berharap kerjasama akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Terima kasih dari kami.
